5 Jenis Makanan untuk Tahan Lapar semasa Bulan Puasa

Pengambilan makanan yang seimbang amat penting ketika bersahur semasa berpuasa

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi dan syukur kehadrat Ilahi kerana kita mampu dan dapat meraikannya walaupun didalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Walaupun tiada Bazaar seperti kebiasaan kemeriahan sepanjang Ramadhan, kita harus redha dan akur akan ketentuan ini dan menjalani ibadah ini dengan sempurna.

Lapar merupakan sesuatu yang sinonim dengan berpuasa. Di Malaysia kita hanya menahan lapar selama lebih kurang 13 -14 jam sahaja berbanding dengan negara eropah yang mungkin lebih panjang ataupun lebih pendek masa untuk berpuasa. Keperluan tenaga sepanjang berpuasa adalah amat berkaitan dengan permakanan kita. Strategi pemakanan yang baik akan mampu membantu kita kekal bertenaga secara maksimum sehingga sepanjang hari.

Berikut merupakan beberapa tips makanan yang boleh diambil semasa bersahur bagi membantu anda bertahan sepanjang hari semasa bulan puasa.

1. Makanan penuh dengan protein

Protien merupakan antara sumber tenaga yang penting semasa berpuasa

Pengambilan protein yang mencukupi akan membantu anda tahan lapar dengan lebih lama, tambahkan sajian berprotein tinggi dalam masakan. Ia mampu membantu dalam meminimumkan rasa letih dan anda akan lebih aktif sepanjang hari. Makanan yang mempunyai protien mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan dan anda akan berasa kenyang dalam jangka masa yang lebih panjang.

Sumber protein yang mudah dan murah ada pada ialah telur, ayam, ikan, serta beberapa jenis kekacang. Ia juga terdapat pada produk lain seperti susu kacang soya atau badam. Penggemar makanan berprotein berasaskan ayam atau daging, anda boleh memilih bahagian dada ayam atau daging merah pejal bagi mengurangkan kadar lemak yang tinggi. Seterusnya sistem pertahanan badan dapat ditingkatkan dan anda kekal aktif walaupun seharian berpuasa.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran

Kreativiti dalam masakan akan menjadikan sayuran anda menarik semasa berbuka dan bersahur

Pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam kadar yang mencukupi dalam bulan puasa adalah amat penting. Elakkan pengambilan makanan berlemak, bergoreng dan pedas sewaktu bersahur.

Buah-buahan dan sayuran bukan sahaja diperkaya dengan pelbagai jenis vitamin bahkan ia juga mengandungi serat dan akan membantu mengelakkan masalah berkaitan penghadaman dan sembelit. Jika diambil dalam kadar yang konsisten ia membantu mengekalkan sumber vitamin dan membekal pelbagai nutrisi yang baik untuk tubuh badan kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Sayur-sayuran yang anda boleh amalkan dalam pemakanan sepanjang bulan puasa ialah sayur brokoli, sayur bayam, buah ara kering, kacang lentil atau buah kurma. Bagi pengambilan buah-buahan, anda boleh menyediakan jus buah atau ambil air kelapa  bagi mengekalkan tenaga dan kecergasan tubuh badan sepanjang hari.

Jus buah tersebut juga berperanan dalam mengembalikan glukosa yang berkurangan dalam tubuh badan anda semasa berbuka puasa. Pastikan ianya adalah diambil dari jus buah-buahan kegemaran anda yang segar dan bukannya dijadikan minuman kordial yang telah diproses.

Antara minuman yang paling sesuai dijadikan sajian berbuka ialah air kelapa. Ia membantu dalam penghidratan semula tubuh kita serta mengembalikan elektrolit yang hilang sepanjang hari. Sayuran yang mengandungi rendah asid dan mampu mengawal gejala atau masalah penghadaman perlu diambil bagi memastikan kesihatan perut terjaga.

Buah-buahan yang tinggi kadar sitrus seperti limau haruslah dihindari bagi mengelakkan penghasilan asid terutama mereka yang mengalami kesakitan atau diserang gastrik. Pengambilan buah-buahan yang lebih lembut seperti pisang atau tembikai adlah amat digalakkan

3. Makanan dengan kandungan kanji dan serat yang banyak

Hiasan pada pengambilan makanan berserat akan menambahkan daya penariknya

Ambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi ketika bersahur. Ini kerana, makanan berkenaan membuatkan anda kenyang lebih lama akan menjadikan perut tahan lapar. Ia juga membantu proses pencernaan pada usus yang lebih sihat.

Masukkan makanan berbijirin tinggi serat dan roti gandum penuh dalam pemakanan. Ia akan membantu anda dalam proses penghadaman dan anda akan berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama. Elakkan pengambilan produk berasaskan tenusu jika anda mempunyai masalah penghadaaman yang serius.

Sumber makanan berasaskan karbohidrat kompleks dalam makanan berkanji dapat membantu memenuhi keperluan sumber tenaga yang mencukupi ketika berpuasa. Contoh makanan berkanji yang baik untuk tenaga ialah beras perang, bijiran dan kentang dan ia juga mampu meningkatkan tumpuan semasa melakukan tugasan dan mengawal emosi anda supaya sentiasa dalam keadaan baik sepanjang hari.

4. Makanan berasaskan kekacang

Kekacang mempunyai khasiat yang tersendiri dalam nutris makanan

Makanan berasaskan kekacang juga amatlah digalakkan untuk anda amalkan sepanjang bulan Ramadan bagi membantu menahan rasa lapar. Antara kekacang yang boleh diambil sebagai sajian snek semasa bulan puasa ialah kacang panjang, kancang tanah dan lain-lain jenis kekacang yang membekalkan pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh kita.

Kita sedia maklum bahawa nutrisi yang anda boleh perolehi daripada kekacang ialah sumber protein yang tinggi jika dibanding dengan sayuran atau tumbuhan yang lain. Ia amat-amat penting bagi individu yang ingin mengamalkan diet pemakanan dalam mengelakkan lemak dan kolestrol dalam tubuh.

Kita boleh seimbangkan sumber protien pemakanan dengan pengambilan sayur dan sumber haiwan. Bukan sahaja di bulan puasa bahkan pada bulan-bulan lain juga perlu diteruskan corak pemakanan yang baik. Amalan pengambilan kekacang sewaktu bersahur akan memberi keupayaan tahan lapar 31% lebih lama berbanding pengambilan makanan lain.

5. Madu asli dan organik

Amalkan madu untuk makanan harian anda ; Credit Madu ARDeen (Premium Honey Acacia Mangium)

Khasiat madu dalam penjagaan kesihatan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi dan ianya juga berupaya merawat pelbagai jenis penyakit yang ada. Ia juga merupakan antara makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Anda boleh amalkan pada bulan puasa dalam mengekalkan kesegaran tubuh badan dan mencegah pelbagai maslah kesihatan sepanjang Ramadan. Dalam melaksanakan ibadah, kita perlu pastikan tubuh badan kita segar dan tidak mengalami gangguan sepanjang ibadah agar kita lebih fokus untuk beribadah kepada-Nya.

Kebaikan madu dalam memastikan kesegaran tubuh badan kekal adalah kerana madu mengandungi sumber neuron kortikal iaitu sumber tenaga yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Manakala kandungan fruktosa dan glukosa dalam madu dapat diserap ke dalam badan dengan mudah dan menjadikan tubuh lebih segar dan keletihan dapat diatasi dengan segera.

Bagi sumber karbohidrat yang ada pada madu juga membekalkan tenaga yang cukup untuk anda dan ia mampu memberikan tahap tahan lapar yang maksimum sepanjang anda berpuasa pada siang hari. Jika kita sering mengamalkan pengambilan minuman tenaga untuk mengekalkan tenaga atau mengurangkan keletihan, segeralah berubah dengan mengambil madu sebagai makanan yang baik untuk bekalan tenaga yang baik.

Selain itu juga, madu diperkaya dengan mineral, vitamin, magnesium serta kalsium yang mampu merawat masalah insomnia. Bagi individu yang mengahdapi masalah sukar tidur ini, anda sebaiknya mengamalkan madu dalam menu bersahur dan berbuka anda. Ia membantu dalam menghilangkan masalah saraf tegang dan memudahkan tidur dengan baik tanpa kesan sampingan seperti tekanan dan keletihan di hari berikutnya.

Hal ini kerana, insomnia sangatlah berisiko untuk anda diserang dengan penyakit lain. Jadi, ambillah madu untuk mencegah penyakit ini daripada dihidapi oleh anda. Tekanan akibat kurang rehat juga dapat diatasi dan gaya hidup anda akan lebih baik dan selesa dalam melaksanakan tugasan walaupun sedang berpuasa.

Kesimpulan

Jadi, pemakanan yang baik amatlah perlu bagi memastikan keupayaan badan dalam melaksanakan tugasan hari dan ibadah lebih baik dan tiada gangguan akan dihadapi. Corak pemakanan kita akan menentukan tahap kesihatan kita sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Gunakan peluang sebaiknya di bulan Ramadan untuk meningkatkan amalan tanpa apa jua gangguan sambil menjaga kesihatan.

Ia bukan sahaja bulan di mana kita berlapar dan dahaga sahaja, ia bulan untuk meningkatkan ibadah dan juga menguji tahap kesabaran kita dalam melaksanakan tugasan di siang hari tanpa menjamah apa juga makanan. Kita juga boleh mula mengamalkan menu pemakanan yang bersih dan sihat untuk tubuh badan kita sama seperti bulan lain. Bersederhana dalam pemakanan mampu beri kesihatan yang baik serta mengelakkan amalan pembaziran makanan jika kita tidak menghabiskannya. Makan sekadar saja dan bukannya untuk kenyangkan perut.

Pastikan apa yang anda makan mampu memberikan daya tahan lapar yang mencukupi untuk anda menempuh hari-hari berpuasa dengan bertenaga dan bersemangat untuk melaksanakan apa jua tugasan tanpa gangguan.

Credit to: Butterkicap.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *