Bagaimanakah COVID-19 tersebar?

  • Kaedah yang terbaik untuk mengelak jangkitan COVID-19 adalah dengan menjauhkan diri kita dari terdedah kepada virus tersebut kerana setakat ini belum ada lagi vaksin penawar bagi COVID-19.
  • Menurut U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) , virus ini hanya merebak melalui seseorang kepada orang yang lain. Ini bermakna, ia akan berjangkit sekiranya kita berhampiran dengan seseorang yang telah dijangkiti virus tersebut dalam jarak kurang daripada 6 kaki atau melalui titisan penafasan ” respiratory droplets” bila seseorang yang telah dijangkiti bersin.
  • CDC juga melaporkan jangkitan boleh berlaku apabila seseorang yang telah dijangkiti COVID-19 menyentuh sesuatu dan memindahkan virus tersebut ke permukaan yang disentuhinya dan seterusnya dipindahkan kepada seseorang yang menyentuh permukaan tersebut apabila dia menyentuh mata, hidung atau mulutnya.

Kaedah yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Amalkan Penjarakkan umum atau “Social Distancing”. Perintah Kawalan Penrgerakkan juga telah dikuatkuasa dbagi mengelak penularan secara besar-besaran.
  2. Kerab mencuci tangan. Terbaik adalah dengan sabun dan air. Penggunaan hand sanitizer yang mempunyai alkohol yang tinggi juga dibenarkan. Namun sekiranya anda mempunyai kulit tangan yang sensitif ia akan merosakkan kulit anda.
  3. Guna penutup muka atau ‘Face mask” semasa keluar dari rumah anda. Facemask ynag digunakan adalah jenis surgical mask ataupun 3 ply mask.
Photo by Anshu A on Unsplash

Semoga kita mematuhi segala arahan pihak berkuasa sepanjang PKP ini. Insyallah kita akan berjaya memenangi peperangan tanpa musuh yang nyata iaitu COVID19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *