Perabot DIY yang simple untuk mengisi masa PKP

Pasti ramai diantara kita sedang memikirkan apa lagi yang dapat dilakukan sepanjang PKP ini. Pendek kata semua kerja-kerja rumah yang tertangguh sebelum PKP semuanya telah disiapkan.

Di dalam post kali ini, kami sertakan gambar menarik yang kami ambil dari laman web pintrest.com bagi memberikan anda sedikit gambaran dan idea untuk kerja-kerja DIY anda. harus diingatkan Hardware hanya dibuka pada hari Selasa dan Khamis sahaja. Walaubagaimanapun, keselamatan anda harus diutamakan, jangan keluar dari kediaman anda jika tiada keperluan dan patuhi arahan semasa PMP ini.

Banyak lagi contoh-contoh rekabentuk menarik yang anda boleh google ataupun dapatkan dari lama web seperti pintrest.com. Bermula dengan idea orang lain kita boleh kembangkan untuk menjadi hasil unik kita sendiri.

Siapa tahu ia boleh dijadikan pendapatan sampingan anda dengan menjual kepada pembeli yang berminat selepasa PKP nanti. Selamat mencuba!!!

SIDANG MEDIA SECARA LANGSUNG MENGENAI S.O.P. PEMBINAAN

Satu sidang media secara langsung yang akan diadakan pada 22 April 2020 (Rabu) pada jam 2.30 petang mengenai Standard Operating Procedure (SOP) bagi kerja-kerja pembinaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia akan dilakukan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof selaku Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia. Sidang media ini akan disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen RTM, Bernama, TV3 dan juga Astro Awani.

Sidang media ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh warga kontraktor kerana lebih dari satu bulan aktiviti pembinaan telah tertangguh sepanjang PKP ini. SOP ini sememangnya amat-amat diperlukan bagi kermajuan kerja-kerja pembinaan selari dengan arahan kawalan pergerakan. Walaubagaimanapun kita berharap warga kontraktor akan memahami SOP tersebut dan seterusnya mematuhi segala arahan dan peraturan yang akan diperkenalkan nanti.

Statistik Terkini Covid-19 di Sarawak

Gambar Credit to Borneo Post Online

Statistik dari Laman Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada 21 hb April 2020. Sarawak mencatatkan pertambahan sebanyak 22 kes baru iaitu hampir setengah dari jumlah kes baru di seluruh Malaysia iaitu 57 orang. Sila klik Statistik FB UKAS dibawah untuk statistik lengkap

Penularan Wabak COVID19 ini memberi impak yang besar kepada ekonomi dunia dan juga perkembangan ekonomi negara kita. Sektor pembinaan juga menerima impak yang besar dan di khuatiri akan menyebabkan ramai kontraktor golong tikar sekiranya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini berpanjangan.

Rakyat Sarawak khusunya diminta agar mematuhi PKP ini agar penularan wabak ini dapat dibendung dengan memutuskan rantaian jangkitan. Kita semua berharap PKP fasa 3 ini yang akan tamat pada 28 April ini tidak dilanjutkan.

Local Government and Housing Minister Datuk Sri Dr Sim Kui Hian speaks to reporters after chairing the state Disaster Management Committee meeting, March 31, 2020. — Picture courtesy of Sarawak Deputy Chief Minister’s Office Picture: Credit to Malaymail

Statistik FB UKAS

Status Covid-19

Statistik terkini COVID-19 di Malaysia setakat jam 5:00 petang yang dikeluarkan oleh KKM (20 April)

Ringkasan Kes COVID-19 Di Malaysia (Sehingga 20 April 2020, 12:00 tengahari)

    Positif 5425
    Negatif 102791

    Pulih 3295       
    Unit Rawatan Rapi 45
    Kematian 89

DZKIR Engineering Post

Method Statement for Formwork, Reinforcement and Concrete Works Table of Content 1Method Statement for Formwork, Reinforcement and Concrete Works 1.1 SCOPE: 1.2 FABRICATION AND INSTALLATION

Read More »

SELF COMPACTING CONCRETE

Self-compacting concrete (SCC), which flows under its own weight and doesn’t require any external vibration for compaction, has revolutionized concrete placement. Such concrete should have

Read More »

14 Kaedah Pengurusan Stress

Stress merupaka sesuatu yang tidak dapat dielak didalam kehidupan seharian kita. Stress boleh menyebabkan tekanan perasaan yang teruk, masalah sosial, dan seterusnya boleh memberikan impak

Read More »

5 Fasa Kitaran Pengurusan Projek

Perancangan merupakan elemen yang amat penting untuk memastikan kelancaran pengurusan projek. Pada permulaan sesuatu projek, jumlah aktiviti, “task” ataupun “work breakdown structure” mungkin mencapai ratusan

Read More »

Bagaimanakah COVID-19 tersebar?

  • Kaedah yang terbaik untuk mengelak jangkitan COVID-19 adalah dengan menjauhkan diri kita dari terdedah kepada virus tersebut kerana setakat ini belum ada lagi vaksin penawar bagi COVID-19.
  • Menurut U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) , virus ini hanya merebak melalui seseorang kepada orang yang lain. Ini bermakna, ia akan berjangkit sekiranya kita berhampiran dengan seseorang yang telah dijangkiti virus tersebut dalam jarak kurang daripada 6 kaki atau melalui titisan penafasan ” respiratory droplets” bila seseorang yang telah dijangkiti bersin.
  • CDC juga melaporkan jangkitan boleh berlaku apabila seseorang yang telah dijangkiti COVID-19 menyentuh sesuatu dan memindahkan virus tersebut ke permukaan yang disentuhinya dan seterusnya dipindahkan kepada seseorang yang menyentuh permukaan tersebut apabila dia menyentuh mata, hidung atau mulutnya.

Kaedah yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Amalkan Penjarakkan umum atau “Social Distancing”. Perintah Kawalan Penrgerakkan juga telah dikuatkuasa dbagi mengelak penularan secara besar-besaran.
  2. Kerab mencuci tangan. Terbaik adalah dengan sabun dan air. Penggunaan hand sanitizer yang mempunyai alkohol yang tinggi juga dibenarkan. Namun sekiranya anda mempunyai kulit tangan yang sensitif ia akan merosakkan kulit anda.
  3. Guna penutup muka atau ‘Face mask” semasa keluar dari rumah anda. Facemask ynag digunakan adalah jenis surgical mask ataupun 3 ply mask.
Photo by Anshu A on Unsplash

Semoga kita mematuhi segala arahan pihak berkuasa sepanjang PKP ini. Insyallah kita akan berjaya memenangi peperangan tanpa musuh yang nyata iaitu COVID19.