SIDANG MEDIA SECARA LANGSUNG MENGENAI S.O.P. PEMBINAAN

Satu sidang media secara langsung yang akan diadakan pada 22 April 2020 (Rabu) pada jam 2.30 petang mengenai Standard Operating Procedure (SOP) bagi kerja-kerja pembinaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia akan dilakukan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof selaku Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia. Sidang media ini akan disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen RTM, Bernama, TV3 dan juga Astro Awani.

Sidang media ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh warga kontraktor kerana lebih dari satu bulan aktiviti pembinaan telah tertangguh sepanjang PKP ini. SOP ini sememangnya amat-amat diperlukan bagi kermajuan kerja-kerja pembinaan selari dengan arahan kawalan pergerakan. Walaubagaimanapun kita berharap warga kontraktor akan memahami SOP tersebut dan seterusnya mematuhi segala arahan dan peraturan yang akan diperkenalkan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *