Statistik dari Laman Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada 21 hb April 2020. Sarawak mencatatkan pertambahan sebanyak 22 kes baru iaitu hampir setengah dari jumlah kes baru di seluruh Malaysia iaitu 57 orang. Sila klik Statistik FB UKAS dibawah untuk statistik lengkap
Penularan Wabak COVID19 ini memberi impak yang besar kepada ekonomi dunia dan juga perkembangan ekonomi negara kita. Sektor pembinaan juga menerima impak yang besar dan di khuatiri akan menyebabkan ramai kontraktor golong tikar sekiranya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini berpanjangan.
Rakyat Sarawak khusunya diminta agar mematuhi PKP ini agar penularan wabak ini dapat dibendung dengan memutuskan rantaian jangkitan. Kita semua berharap PKP fasa 3 ini yang akan tamat pada 28 April ini tidak dilanjutkan.