14 Kaedah Pengurusan Stress

Stress merupaka sesuatu yang tidak dapat dielak didalam kehidupan seharian kita. Stress boleh menyebabkan tekanan perasaan yang teruk, masalah sosial, dan seterusnya boleh memberikan impak kesihatan yang burujk kepada kita,. Antara impak kesihatan yang kita khuatiri akan berlaku adalah seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung.

Kita boleh memilih untuk menangani stress tersebut dalam kadar yang terkawal. Tanpa stress kehidupan seseorang itu mungkin sempurna kerana seperti masakan, semua rasa seperti masam, manis, pedas, pahit dan sebagainya itulah yang menjadikan masakan itu lebih berperisa dan sedap. Seseorang yang mempu menangani masalah stress nya dengan baik akan menjalani kehidupan ynag lebih sihat, gembira dan lebih disenangi oleh orang disekelilingnya. Berikut merupakan beberapa tips menangani stress diri:

Berfikiran Positif

Setiasa Positif, Kurangkan berprasangka terhadap seseorang dan sesuatu. Anda adalah bagaimana anda melihat dunia. Jika anda melihat dari kaca mata seorang yang negatif makan keseluruhan dunia akan jadi negatif. Namun jika pandangan anda dari kaca mata seorang yang positif, makan keseluruhan dunia ini kana nampak lebih baik dan sempurna. Ia hanya memerlukan anjakan paradikma yang betul. Malah orang-orang yang berjaya di dunia ini adalah mereka yang sentiasa bersifat positif dalam apa juga keadaan.

Redho

Terima hakikat yang tidak semua perkara dalam kawalan anda. Terima kemungkinan gagal atau kecewa. Kegagalan akan menjadikan kita lebih matang dalam segala aspek kehidupan. Tujuh kali jatuh dan anda akan bangun lapan kali. Ungkapan ini harus diterapkan dalam diri anda. Ketahuilah setiap mereka yang berjaya pasti pernah merasa kegagalan. Dari kegagalan inilah lahirnya kemanisan erti kejayaan.

Percaya Pada Diri

Percaya kepada keupayaan diri anda. Percaya kepada potensi diri anda. Anda adalah ciptaan Allah swt yang paling sempurna. Mungkin anda merasakan yang anda mempunyai kekurangan berbanding dengan orang lain, namun kekurangan itulah menjadikan diri anda unik. Percayalah bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Berusaha dengan keyakinan akan menjadi senjata yang paling ampuh resipi kejayaan anda.

Kawal Diri

Kawal diri supaya lebih tenang dan lebih fokus untuk cabaran yang akan datang. Sebagai seorang Islam misalnya, bersolat dengan kusyuk merupakan salah satu kaedah meditasi dan kawalan diri ynag sempurna. Berkomunikasi dengan Allah swt kena apa yang anda bisikan semasa sujud, insyallah akan kedengaran pada Allah swt. Fokus dengan objektif kehidupan anda. Tetapkan “priority” atau keutamaan dalam diri anda. Tapi anda harus ingat, objektif yang terlampau tinggi memerlukan anda membuat pengorbanan yang tinggi juga. Bderpada-pada dalam menetapkan priority anda bagi mengurangkan stress jika ianya tidak tercapai. Membahagikan objektif anda dalam beberapa fasa akan menjadikan ianya lebih realistik. “Award” kan diri jika setiap fasa dicapai. Ia kana menjadi pemangkoin untuk mencapai objektif fasa seterusnya.

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Sentiasa mengamalkan kehidupan yang sihat. Bersenam dalam kadar kemampuan anda akan dapat mengurangkan stress. Sekiranya anda tidak pernah bersenam, ataupun terlampau lama tidak bersenam, mulakan dengan ssenaman yang ringkas dan mudah dahulu. Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik, sila daptkan nasihat perubatan daripada doktor ynag bertauliah. Bermain permainan yang anda minati seperti bola, tenis, dan sebagainya pun dapat mengawal kadar stress anda.

Makan Makanan Seimbang

Makan makanan yang sihat dan seimbang. Kita adalah apa yang kita makan. Makanan yang berkhasiat akan menjadikan badan kita sihat serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menjalani aktiviti harian. Kurangkan makanan yang berminyak dan lebihkan makanan seperti sayuran dan buah-buahan.

Hargai Masa

Belajar mengurus dan menghargai masa. Semua manusia di dunia ini hanya mempunyai 24 jam dalam masa satu hari, tidak lebih dan tidak kurang. Hargai masa kita dan hormati masa orang lain juga. Belajar menepati masa dan merancang pengurusan masa anda dengan betul. Ini termasuklah merancang perjalanan, merancang pekerjaaan harian, merancang masa dengan keluarga dan sebagainya. Masa itu emas, namun anda tidak akan mampu membeli masa dengan wang ringgit walupun sesaat. Masa yang berlalu pasti tidak akan kembali.

Katakan Tidak

Tetapkan limit anda dan bersedia atau belajar memberikan respon “TIDAK”. Bebanan harian seperti kerja yang bertimbun di pejabat akan memberikan kadar stress yang luar biasa. Ia akan menjadikan anda lebih tertekan dan tiada “mood” untuk melakukan sesuatu kerja walaupun ianya adalah sesuatu yang anda gemar lakukan. Meluahkan dan berbincang denga pihak atasan akan memberikan mereka signal atau tanda yang kerja anda telah melepasi had kemampuan anda. Cadangan yang lebih praktikal dan ekonomikal mungkin diperlukan untuk menyelesaikan masalah bebanan kerja terutamanya kerja di pejabat.

Hobi

Luangkan masa untuk hobi tertentu. Kenal pasti minat anda. Elakkan hobi yang telampau mahal dan ini pastinya akan menimbulkan stress yang berlainan pula. Lihat kemampuan anda dari segi kewanhgan dan sebagainya. Luangkan juga masa untuk bersantai, rileks dan melakukan apa sahaja yang anda gemari. Antara aktiviti yang mudah adalah dengan bersiar-siar, “makan angin” ataupun menonton wayang. Anda juga boleh lepak dengan kawan-kawan yang positif dan bertukar-tukar pendapat atau mungkin bernborak kosong.

Tidur Mencukupi

Dapatkan tidur yang mencukupi. Seorang dewasa sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari tidur yang mencukupi. Tubuh anda memerlukan rehat yang mencukupi seharian selepas mungkin penat bekerja. Tempat tidur yang selesa dan bersesuaian akan membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti. Pengudaraan yang baik dan suhu yang bersesuaian juga mampu mempengaruhi kualiti tidur anda.

Elakkan Bergantung Kepada Benda Lain

Jangan bergantung kepada arak, dadah dan perlakuan yang agressif untuk melepaskan atau mengurangkan stress anda. Percayalah, selepas kesan-kesan dadah itu berakhir stress anda mungkin akan berlipat kali ganda dari sebelumnya. Cuba kaedah lain yang mungkin lebih berkesan. Hindarkan perkara-perkara yang negatif. Pelajari tentang agama dan kembali jkepada fitrah kita sebagai seseorang yang beragama atau atas kepercayaan tertentu. Umat islam misalnya boleh memperkemaskan dan mempertingkatkan amalan dan ibadah hariannya. Memohon daripada Allah SWT supaya kita dipermudahkan segala urusan harian dan dilepaskan dari sebarang masalah dan stress harian.

Kaunseling

Sekiranya anda mempunyai masalah stress yang melampau, anda boleh mendapatkan bantuan sosial daripada agensi-agensi tertentu. Agensi Anti Dadah Kebangsaan sebagai contoh memberikan khidmat atas talian dalam menangani stress di talian kaunseling 03-89112575 atau 0389112259 atau email integriti@adk.gov.my. Jika anda mengalami stress atau kemurungan, elakkan daripada bersendirian dan cuba luangkan masa bersama dengan mereka yang menyayangi anda.

Bantuan Pakar

Bantuan daripada pakar psikologi atau pakar kesihatan mental adalah merupakan antara kaedah pengurusan stress yang agak kritikal. Terdapat khidmat profesional dari pakar psikologi swasta dan juga terdapat khidmat dari hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. Namun anda boleh membaca bahan bacaan yang baik berkenaan dengan stress dari sumber pakar yang dipercayai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *