Sarawak hari ini hanya merekodkan empat (4) kes baharu positif Covid19, namun terdapat penambahan bilangan PUI iaitu seramai 257 kes setakat ini.
Kes positif Covid19 keseluruhan di Sarawak setakat ini adalah seramai 459 kes. Ini adalah amat membimbangkan jika dibandingkan kadar kesembuhan di Sarawak adalah hanya 28.54% manakala kes yang sedang dirawat setakat hari ini adalah 67.97%, Kes ICU 1.53%, Incubated 1.09% dan kematian adalah 3.49%.
Semenjak 18 Mac 2020, sebanyak 1,493 orang telah ditangkap dan 932 orang telah dituduh di mahkamah. Semalam terdapat 80 orang telah ditangkap dan 73 orang telah dihadapkan dimahkamah atas tuduhan pelanggaran PKP. Rakyat Sarawak khususnya harus memandang serius Perintah Kawalan Pergerakkan ini dengan mengikuti arahan “stay at home”, “social distancing” dan menjaga kebersihan diri setiap masa supaya objektif memutuskan rantaian jangkitan dan penularan virus ini dapat dijayakan.
Sama-samalah kita berdoa agar kadar Kesembuhan pesakit Covid19 meningkat dan tiada pertambahan Kes-kes baharu direkodkan dihari-hari mendatang.